dia pasti ada
sebagai kawan, rakan dan teman
untuk menemani saya
bersama menongkah arus kehidupan
dia akan hadir
bila tiba masanya
kerana telah tertulis takdir
saya hanya untuk dia
saya perlukan dia
untuk menunjuk jalan ke syurga
kerana adakalanya saya terleka
dengan permainan dunia yang sementara
saya perlukan dia
untuk melengkapkan hidup saya
kerana saya akan mengenal erti bahagia
bila bersamanya setiap masa
saya akan hargai dia
kerana dialah takdir terindah buat saya
saya akan cintai dia
dengan setulus dan seikhlas hati saya
saya terima dia seadanya
kerana dia adalah dia

dia bukan sesiapa
dia cuma insan biasa
dia adalah dirinya
dia itulah jodoh saya
siapa dia?
-kan dah tulis atas tu dia jodoh saya
tapi siapa?
-saya pun tak tahu siapa dia. tapi saya yakin dia ada. dia tercipta untuk saya.
*bercinta belum tentu akan bersama. tapi bila dah bersama cinta itu akan datang dengan sendirinya. (jodoh kita rahsia Allah)
TITIK. cewah! cayalah. tetiba termenaip ala2 puisi plak dah. jiwang kerek!
No comments:
Post a Comment