Friday, 10 February 2012

x mau !!

aq xnk g skolah agme .. skolh agma ade cuti gnti ary ney..
aq xmau la..
but mk aq yg mrh2..
bnci siott!
aq kte xmau2 laa!!

Thursday, 26 January 2012

geli nyee..

ade bdk ney kn nme dye _______.. x leh bgitau .. secret laa...
bnci nyee.. gtl plk tuu...  dyee chat dgn aqu kt facebook ..
rse nk buang dye dri kwn jee....
tumbuk nak?!
kalo x nk..
lmpang?!
bnci laaa , kalo ade bdk gtal cm ney...
bnci tau tak... idop mcm trseksa je tau...
i HATE him..!!!!

Saturday, 7 January 2012

Apabila Dikecewakan Lelaki

Memahami lelaki adalah cukup senang… kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!


Jika cinta, sayang… dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.


Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?


…Jawapan kepada soalan anda ialah…


“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA… ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”


Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!


INGAT… ITULAH LELAKI… that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple.


Dia nak… dia akan tergila-gila.

Dia dah tak nak… dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!


Meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang, HANYA MEMBUANG MASA!


“Dia dah bahagia dengan hidupnya… percayalah!

Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. 

Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”


Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.


ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-


* Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!

* Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!

* Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!

* Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!

* Apabila break aje…MOVE ON!

* Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru :)


BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single, and find your Mr Right!
bosan!!

First Impression


sangat2 penting. sebab dari situ, orang akan menilai diri kita. jangan anggap remeh dengan first impression ni. jangan fikir "ala..orang tak kenal lagi aku camne.." sebab sesetengah orang akan menilai melalui pandangan pertama mereka.


temuduga:
paling senang, masa nak menghadiri temuduga. mesti korang akan berpakaian kemas, datang tepat pada waktunya, belajar cara2 menjawab soalan dan sebagainya. sebab apa semua itu?sebab korang nakkan jawatan yang ditawarkan.lagipun, korang tak kenal siapa yang bertanya tu. mungkin bos besar, mungkin pagawai HR... jadi korang kena tunjukkan keyakinan dan kebolehan korang kan? even korang sebenarnya bukanlah seorang yang menepati masa, tapi untuk temuduga mesti datang awal. walaupun real life korang selekeh, pakai selipar made in JEPUN..tapi untuk hari itu, korang pakai kasut kan? hurm..tu semua hipokrit~! tapi wajib jadi hipokrit sebab kalau tak, korang takkan dapat kerja tu. siapa nak amik korang bekerja kalau awal2 lagi korang dah tunjukkan korang jenis yang tak tepati masa? siapa nak pekerja yang selekeh pakai selipar? hurmm.. terbukti, first impression sangat2 penting.

di kelas:
kali pertama ke kelas, berdepan dengan kawan2 baru. ape korang bualkan? macam mana nak mulakan perbualan. nak tegur macam mana? takkan nak... "hoi, ko dari mana ek? name saper? aku nak berkawan ngan ko nih" kasar tu beb. biasanya kalau perempuan, sama2 sengih. sebab apa? malu~! hihihiii. saya pun macam tu kalau masuk kelas, tapi takde sorang pun yang saya kenal untuk berborak. so, diam. tunggu je lah. mesti ada yang datang tegur. paling penting,jangan duk kecoh sangat. ada satu kes, awal2 lagi dah bising satu kelas ngan suara dia sorang pot pet pot pet. nampak sangat nak menarik perhatian orang. pergh.. jangan buat perangai camtu ek korang. konon nak tunjuk mesra pun, jangan lebih2. biar berpada-pada.

di bilik:
ni kalau duk asrama. biasanya ngan rakan sebilik lagi kamcing. senang nak ajak berbual. sebab bila dah kena tinggal mak ayah, kita pun sibuk berkemas bilik. kan? so, buat2 lah rajin untuk hari pertama tu walaupun korang sebenarnya bukanlah spesies rajin. tak salah berlakon. paling penting, bagi salam kalau nak masuk. tunjukkan sikap alim sikit. pastu, pandai2 la wat ayat nak berborak tentang apa. kalau budak sekolah, boleh je tanya kenapa pilih sekolah ni. kalau pelajar universiti, tanya la amik course apa, susah ke tak, tahun ke berapa..apa2 jelah. selalunya, first impression tentang rakan sebilik ni tak berapa nak betul dan tepat sebab bila makin lama kita sebilik dengan dia, kita akan tahu semua tentang dirinya sedikit demi sedikit. secara tak langsung, anggapan kita tak semestinya betul. bab ni, kena kenal dulu baru boleh judge;)


first date:
ha...ni mesti ramai yang baca. first date? penting sangat2. sangat2 penting. kalau korang masih belum kenal dan baru nak jumpa. hihihii.. malu2? mesti. paling penting,jangan terlalu tunjuk murah masa kali pertama jumpa. buat2 jual mahal especially kaum wanita. kot ye pun hati dah terpikat, jangan sampai si lelaki fikir camni.."hurm..belum pape dah lebih2 pompuan ni..."seriously, lelaki nakkan perempuan yang baik untuk jadi wife dia. nak main2, yang murah2 dia pilih. tapi kalau hati dia dah terpikat, pelacur ke, janda ke, tua ke... dia tetap nak jugak. so pada peringkat awal, tunjukkan diri kamu itu terbaik. bila dah sah2 dia jatuh cinta 100%, pandai2 lah korang. kalau dah declare tu, lantak koranglah nak watpe. sendiri buat, sendiri tanggung dosa;) tipulah kalau cakap couple, tapi tak pernah pegang2 tangan, cuit2. tapi untuk date yang pertama, seeloknya biar lelaki rasa susah sikit nak dapat. gaya tarik2 tali gitu. sebab kalau wanita itu sangat mudah untuk dimiliki, lelaki takkan tahu bagaimana untuk menghargai.fakta!

selain semua di atas, pakaian juga penting. dari gaya kita berpakaian turut melambangkan diri kita. so, pilih pakaian yang kena gaya dan tempatnya. jangan nak pi kubur, kenduri, masjid pakai jeans plak. tak senonoh!

yang paling utama, setiap saat, setiap masa... jadilah diri kita yang sebenar. hanya kita yang tahu di mana kelebihan dan kekurangan diri sendiri. gunakan kelebihan yang kita ada untuk menutup segala kekurangan itu. dari situ, kita boleh menilai diri kita sendiri sebelum orang lain membuat penilaian.
pssst...1st impression saya tentang seseorang selalunya 80% tepat tau. korang plak macam mana?

Saya & Dia


dia pasti ada
sebagai kawan, rakan dan teman
untuk menemani saya
bersama menongkah arus kehidupan

dia akan hadir
bila tiba masanya
kerana telah tertulis takdir
saya hanya untuk dia
saya perlukan dia
untuk menunjuk jalan ke syurga
kerana adakalanya saya terleka
dengan permainan dunia yang sementara

saya perlukan dia
untuk melengkapkan hidup saya
kerana saya akan mengenal erti bahagia
bila bersamanya setiap masa

saya akan hargai dia
kerana dialah takdir terindah buat saya
saya akan cintai dia
dengan setulus dan seikhlas hati saya
saya terima dia seadanya
kerana dia adalah dia

dia bukan sesiapa
dia cuma insan biasa
dia adalah dirinya
dia itulah jodoh saya

siapa dia?
-kan dah tulis atas tu dia jodoh saya

tapi siapa?
-saya pun tak tahu siapa dia. tapi saya yakin dia ada. dia tercipta untuk saya.

*bercinta belum tentu akan bersama. tapi bila dah bersama cinta itu akan datang dengan sendirinya. (jodoh kita rahsia Allah)

TITIK. cewah! cayalah. tetiba termenaip ala2 puisi plak dah. jiwang kerek!

67 I ♥ U


assalamualaikum. hai. hello. selamat pagi kepada pembaca semua. anda sedang dilamun cinta? kalau ya, hari ni saya nak kongsi ungkapan "i love u" dalam pelbagai bahasa. so, tak lah boring sangat kan. asyik duk "i love you" je, sesekali tukar bahasa tu. kalau tak dilamun cinta pun takpe. masih boleh terus baca. kerana cinta tak semestinya kepada kekasih hati tapi cinta pada-Nya, cinta pada ibu bapa, guru, kawan-kawan dan sebagainya.

okey.. jom~

1. English - I love you
2. Afrika - Ek het jou life
3. Albania - Te dua
4. Arab - Ana behibak (to male)
5. Arab- Ana behibek (to female)

6. Armenia - Yes kez sirumen
7. Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
8. Bulgaria - Obicham te
9. Kemboja - Soro lahn nhee ah
10. Cina Kantonis - Ngo oiy ney a

11. Croatia - Volim te
12. Czechoslovakia - Miluji te
13. Denmark - Jeg Elsker Dig
14. Belanda - I hou van jou
15. Ethiopia - Afgreki'
16. Iraq - Doset daram
17. Filipina - Mahal Kita
18. Finland - Mina rakastan sinua
19. Perancis - Je t'aime, Je t'adore
20. Jerman - Ich liebe dich
21. Greece - S'agapo
22. Gujarati - Hu tane prem karoo chhoo
23. Hawaii - Aloha wau IA OI
24. Hebrew - Ani ohev otah (to female)
25. Hebrew - Ani ohev et otha (to male)

26 Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hai
27 Hungari - Szeretlek
28 Iceland - E.g. Elska tig
29 Indonesia - Saya cinta padamu
30 Irish - Taim I ngra leat

31 Itali - It amo
32 Japun - Aishiteru
33 Kanada - Naanu ninna preetisuttene
34 Korea - Sarang Heyo
35 Latin - Te amo

36. Latvia - Es tevi miilu
37. Lubnan - Bahibak
38. Lithuania - Tave myliu
39. Melayu - Aku cinta padamu
40. Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

41. Mandarin - Wo Ai ni
42. Morocco - Ana moajaba bik
43. Norway - Jeg Elsker Deg
44. Latin - Iay ovlay ouyay
45. Poland- Kocham Ciebie

46. Portugis - Eu te amo
47. Romania - Te ubesk
48. Russia - Ya tebya liubliu
49. Scotland
50. Serbia - Volim te

51. Slovakia - Lu`bim at
52. Spanyol - Te quiero / Te amo
53. Swahili - Ninapenda wewe
54. Sweden - Jag alskar dig
55. Tagalog - Mahal Kita

56. Taiwan - Wa Ga ei li
57. Tahiti- Ua Here Vau Ia Oe
58. Tamil - Nan unnai kathalikaraen
59. Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
60. Thailand - Chan rak khun (to male)

61. Thailand - Phom rak khun (to female)
62. Turkey - Seni Seviyorum
63. Ukrain - Ya tebe kahayu
64. Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
65. Vietnam - Anh ye^u em (to female)

66. Vietnam - Em ye^u anh (to male)
67. Welsh - 'Rwy'n dy garu

cinta atau keluarga?!


"Kenapa tiba-tiba saja saya melontarkan soalan ini? Kerana ada orang yang membuang cinta kerana keluarga dan ada juga orang yang membuang keluarga kerana cinta.
Orang yang cintanya sesuci embun, tetapi terhalang oleh keluarga sanggup membuang cinta tersebut biarpun sakit kerana sayangnya kepada keluarga melebihi nilai cintanya. Manakala orang yang mengagungkan cinta pula rela membuang keluarga kerana keagungan cintanya mengatasi keagungan cinta Romeo dan Juliet.
Orang pertama yang membuang cinta kerana keluarga dipandang mulia kerana tidak rela menyakiti hati keluarga yang disayangi. Manakala orang kedua yang membuang keluarga dilabel anak derhaka kerana menukarkan cinta dengan kasig sayang keluarga.
Namun, cinta itu sesuatu yang halus, indah dan sukar difahami. Perikatan keluarga pula sukar diputuskan.
Betapa hebatnya cinta pasti ada kurangnya. Betapa kerasnya keluarga pasti ada lembutnya. Cinta tak boleh bernafas seenaknya tanpa restu keluarga. Keluarga akan sepi tanpa kasih sayang sejati. Kasih sayang sejati pastinya tiada dalam paksaan, termasuk paksaan dalam bercinta.
Cinta suci dan keluarga mesti diupayakan agar tidak terbuang mana-mana satu kerana kedua-duanya amat bernilai.
Cinta kepada pasangan dan kasih sayang keluarga mesti hidup dan subur beriringan. Sekiranya kedua-duanya dipisahkan, manusia tiada banyak pilihan untuk menikmati hidup yang bahagia!"


kalau terpaksa membuat pilihan antara cinta dan keluarga, saya pilih... TAK TAHU!!! melepaskan atau meneruskan, kedua-duanya perlukan kekuatan. andai kata saya lepaskan cinta yang ada, yang pasti hati dan jiwa saya merana. orang yang saya sayang juga mungkin turut bersedih. andai kata saya teruskan, banyak hati yang akan terluka dan saya tak sanggup melihat keluarga bersedih kerana saya.


so how? nak pilih mati, boleh? ishk, tu ayat orang yang tak ada iman lah! saya nak pilih dua-dua. nak teruskan kebahagiaan bersama keluarga yang saya rasa selama ini bersama orang yang saya cinta. tapi kalau kena pilih salah satu, maknanya akan ada yang terpaksa dikorbankan. erkkk, ayat macam raya haji la pulak!

bila cinta menguasai jiwa,
sanggup berkorban apa saja,
tapi jangan lupa pada keluarga,
yang selama ni banyak berjasa pada kita:)